I - Enam Puluh Dua Buah Hadis Nabi SAW
Tentang Tanda-tanda dan Keistimewaan Al-Mahdi
1. Daripada Ahlulbait
“Al-Mahdi adalah daripada Ahlulbait.”
2. Daripada Keturunan Al-Hasan bin Ali RA
“Al-Mahdi adalah dari keturunan Al-Hasan bin Ali.”
“Demi Allah yang mengutusku sebagai nabi yang benar, sesungguhnya daripada kedua-duanya (keturunan Al-Hasan dan Al-Husain RA), akan lahir Al-Mahdi untuk umat ini.”
3. Nama Al-Mahdi Adalah Muhammad
“Sesungguhnya nama yang digunakan oleh Al-Mahdi adalah Muhammad.”
4. Nama Ayahnya
“Nama ayah Al-Mahdi adalah seperti nama ayah Nabi SAW.”
5. Perawakannya
“Dia berdahi lebar, berhidung mancung dan giginya berjarak.”
6. Masa Pemerintahannya
“”Dia akan memerintah selama tujuh tahun.”
7. Perubahan Situasi Dunia
“Situasi dunia akan dipenuhi keadilan dan kebenaran, seperti sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.”
8. Keredaan Seluruh Makhluk
“Penghuni bumi dan penghuni langit semuanya reda terhadap pemerintahan Al-Mahdi.”
9. Perbezaan Pendapat dan Gempa Bumi Dahsyat
“Al-Mahdi akan muncul ketika suasana seluruh dunia dipenuhi oleh perbezaan pendapat dan bumi digoncang oleh gempa yang dahsyat.”
10. Keadilannya Semasa Membahagi-bahagikan Harta
“Al-Mahdi akan membahagi-bahagikan harta secara adil dan merata kepada umat manusia.”
11. Al-Mahdi dan Hati Umat Muhammad SAW
“Al-Mahdi akan membuatkan hati umat Muhammad SAW kaya-raya.”
12. Keadilan Al-Mahdi
“Keadilan Al-Mahdi meratai seluruh umat. Beliau beramal sesuai dengan sunnah Nabi sehingga beliau menyuruh orang untuk menyeru, “Sesiapa yang berkehendakkan bantuan, datanglah kepadaku.” Kemudian tidak ada yang datang kepadanya melainkan seorang lelaki sahaja.”
13. Pembaiatan Al-Mahdi
“Perselisihan terjadi semasa kmatian seorang khalifah. Al-Mahdi yang merupakan seorang penduduk Madinah melarikan diri ke Makkah. Kemudian dia didatangi oleh penduduk Makkah dan diusir, namun dia enggan. Lantas penduduk Makkah membaiatnya di antara Hajar Aswad dengan Makam Ibrahim.”
14. Pasukan Daripada Syam
“Setelah dibaiat, datanglah pasukan dari arah Syam, tetapi pasukan ini ditelan bumi di suatu padang (pasir) dekat Zul Hulaifah.”
15. Kesejahteraan Umat Pada Zaman Al-Mahdi
“Pada zaman Al-Mahdi, seluruh umat sama ada ang taat mahupun yang jahat, akan hidup sejahtera, iaitu suatu kesejahteraan yang belum pernah dinikmati sebelumnya. Langit menurunkan hujan yang lebat, yang pada setiap titisannya menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan setiap tumbuh-tumbuhan mendatangkan keuntungan.”
16. Panji-panji Hitam
“Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari arah Timur, yang pasukan ini sentiasa tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun.”
17. Penyerahan Kuasa
“Orang ramai dari Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaan kepada Al-Mahdi.”
18. Panji-panji Hitam Dari Khurasan
“Panji-panji Hitam keluar dari Khurasan, sementara itu kawan-kawan Al-Mahdi keluar menuju ke Baitulmaqdis.”
19. Masa Pemerintahannya
“Al-Mahdi akan memerintah selama tujuh tahun atau lapan tahun. Jika lebih, maka hanya akan bertambah satu tahun sahaja.”
20. Pasukan Dari Iraq
“Pasukan daripada Iraq keluar mencari seorang lelaki dari Madinah, iaitu Al-Mahdi. Kemudian Allah menyelamatkan Al-Mahdi daripada kejaran pasukan ini. Ketika mereka melintasi suatu padang di Zul Hulaifah, mereka akan ditelan bumi sehingga yang di atas sampai hari kiamat.”
21. Penguasaan Al-Mahdi Terhadap Harta Benda
“Al-Mahdi akan mendapatkan harta benda dengan mudah dan tidak terkira-kira banyaknya.”
22. Seruan Dari Langit
“Pada kemudian kelak, akan terjadi bencana di mana orang yang berada di sebelahnya tidak menyedarinya melainkan dia sendiri turut tertimpa bersama-sama sehingga datang penyeru dari langit yang berkata, “Sesungguhnya pemerintah kamu semua adalah si fulan (maksudnya Al-Mahdi).”
23. Serban Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan muncul dan dia selalu memakai serban di kepalanya. Di atas serban itu ada suara yang menyeru, “Inilah dia Al-Mahdi, khalifah Allah. Maka taatilah dia.”
24. Malaikat yang Mendampingi Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan muncul dan di atas kepalanya ada malaikat yang menyeru, “Inilah Al-Mahdi. Oleh itu, ikutilah dia.”
25. Al-Mahdi Sebagai Penutup Agama
“Dengan Al-Mahdi, Allah akan menutup agama ini, seperti Dia mengawalinya dengan Nabi Muhammad SAW.”
26. Pembaiatan Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dengan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar. Kemudian datang sekelompok orang dari Iraq dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan dari Syam yang kemudiannya ditelan bumi di Al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semua mereka itu binasa melainkan si pembawa berita sahaja.” Dalam satu riwayat disebutkan bahawa jumlahnya adalah dua orang, iaitu seorang akan menyampaikan berita tersebut kepada Al-Mahdi manakala yang seorang lagi menyampaikannya kepada As-Sufyani. Menurut riwayat yang lain lagi, kedua-dua mereka menyampaikan berita tersebut kepada As-Sufyani.”
27. Bilangan Orang yang Membaiat Al-Mahdi
“Tiga ratus empat belas orang yang antaranya adalah perempuan akan bergabung dengan Al-Mahdi, bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menzahirkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Lalu dia memerintah selama tujuh tahun. Setelah itu tiada lagi kebaikan di muka bumi ini ang melebihi kebaikan pada masa Al-Mahdi.”
28. Pembawa Bendera Al-Mahdi
“Pembawa bendera Al-Mahdi adalah seorang lelaki dari suku Tamim yang datang dari Timur.”
29. Baitulmaqdis
“Al-Mahdi akan singgah di Baitulmaqdis.”
30. Kembalinya Umat Manusia Ke Jalan yang Benar
“Al-Mahdi akan memerangi umat manusia sehingga mereka kembali ke jalan yang benar.”
31. Penguasaan Al-Mahdi Terhadap Harta
“Pada akhir umatku nanti akan muncul seorang khalifah yang amat mudah mendapatkan harta dengan jumlah yang tidak terkira banyaknya.”
32. Kemakmuran yang Diberikan Oleh Al-Mahdi Untuk Penduduk Dunia
“Al-Mahdi akan datang di tengah-tengah umatku, dia dilahirkan oleh Allah untuk menjadikan umatku kaya, menyebabkan umatku hidup sejahtera, binatang ternakan mereka amat biak, tumbuh-tumbuhan amat banyak dan akan membahagi-bahagikan harta benda kepada umat manusia secara saksama.”
33. Ciri-ciri al-Mahdi
“Sungguh Allah akan melahirkan seorang lelaki dari keturunanku yang giginya berjarak, dahinya lebar, keadilannya meliputi seluruh alam dan akan mendapatkan harta benda dengan melimpah ruah.”
34. Nama, Perawakan, Akhlak dan Kuniyahnya
“Nama yang digunakan oleh Al-Mahdi adalah namaku, perawakannya seperti perawakanku, akhlaknya seperti akhlakku dan kuniyahnya adalah Abu Abdillah.”
35. Panji-panji Hitam
“Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji kerana sesungguhnya di tengah-tengah Panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk.”
36. Terjadinya Bencana
“Al-Mahdi akan lahir pada akhir zaman, ketika melandanya bencana, dan pemberian Al-Mahdi adalah amat bererti (menyenangkan).”
37. Terjadinya Perang Besar
“Seandainya umur dunia ini tinggal satu hari sahaja lagi, nescaya Allah akan memanjangkannya sehingga Dia mengangkat seorang Amir dari keturunanku, yang mana perang besar akan terjadi semasa pemerintahannya, dan Islamlah yang akan menang. Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya dan amat cepat pula hisab-Nya.”
38. Kemenangannya
“Al-Mahdi akan menundukkan Kostantinopel dan Jabal ad-Dailam.”
39. Keadilannya Meratai Penjuru Dunia
“Keadilan Al-Mahdi meratai seluruh alam. Kemudian dia diangkat menjadi Amir di Al-Qahtani. Demi Zat yang mengutusku dengan sebenarnya, dia tidak ada yang (akan dapat) mengalahkannya.”
40. Nabi Isa AS Bersembahyang di Belakang Imam Mahdi
“Isa bin Maryam AS akan turun dan bersembahyang di belakang Al-Mahdi.”
41. Turunnya Nabi Isa AS dan Pemberitahuannya Akan Kekhalifahan Al-Mahdi
“Isa bin Maryam akan turun dan memberitahu tentang kekhalifahan Al-Mahdi. Apabila diminta untuk menjadi imam, maka Nabi Isa AS menjawab, “Tidak.” Lantas dia memberitahu, “Sesungguhnya di kalangan kamu ada pemimpin yang dimuliakan oleh Allah untuk umat ini.”
42. Al-Mahdi Sebagai Pertengahan Kurun
“Sesungguhnya Al-Mahdi hidup pada pertengahan kurun, manakala Nabi Isa AS hidup pada akhir zaman.”
43. Al-Mahdi Bersembahyang di Baitulmaqdis
“Ketika Al-Mahdi dan umat manusia yang berada di Baitulmaqdis mahu mengerjakan sembahyang subuh, tiba-tiba Isa bin Maryam AS turun. Kemudian Al-Mahdi mundur agar Isa bin Maryam AS ke hadapan untuk menjadi imam. Lantas Isa meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas kedua-dua belah bahu Al-Mahdi seraya berkata, “Silakan maju dan jadi imamlah. Sesungguhnya sembahyang ini diiqamahkan untukmu.” Kemudian Al-Mahdi menjadi imam bagi para mukmin dan Nabi Isa AS.”
44. Al-Mahdi Menjadi Imam Sembahyang Bagi Nabi Isa AS
“Al-Mahdi memalingkan kepalanya ke kanan dan ke kiri, dan ketika itu Nabi Isa turun dari langit, laksana menitisnya air dari rambut Al-Mahdi. Lantas Al-Mahdi berkata, “Silalah ke depan dan jadi imamlah.” Nabi Isa AS menjawab, “Sesungguhnya sembahyang ini diiqamahkan untukmu.” Kemudian Nabi Isa AS bersembahyang di belakang seorang lelaki dari keturunanku.”
45. Umur Al-Mahdi
“Al-Mahdi adalh dari anak keturunanku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagaikan bintang yang bergemerlapan, pipi kanannya bertahi lalat hitam, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah dia adalah dari keturunan Bani Israel, dia akan mengeluarkan harta karun dan akan menundukkan kota-kota maksiat.”
46. Pembaiatannya di Antara Hajar Aswad dengan Maqam Ibrahim
“Sebelum pembaiatan Al-Mahdi di antara Hajar dengan Maqam Ibrahim, ada kabilah yang menarik perhatian Al-Mahdi mengenai sikp dan pembunuhannya terhadap jemaah haji di Mina.”
47. Ciri-ciri Al-Mahdi
“Kulit Al-Mahdi seperti kulit orang Arab, bentuk tubuhnya seperti bentuk tubuh Bani Israel, pipi kanannya bertahi lalat dan kekhalifahannya diredai oleh seluruh penduduk bumi, penduduk langit dan burung-burung di angkasa.”
48. Al-Mahdi Muncul dari Kampung Kurjah
“Al-Mahdi akan keluar dari Kampung Kurjah.”
49. Jihad Al-Mahdi Dalam Menegakkan Agama
“Al-Mahdi akan menegakkan agama secara keseluruhan seperti yang telah ditegakkan oleh Nabi SAW semasa hayat baginda.”
50. Memerangi Romawi
“Al-Mahdi akan memerangi Rom selama tiga hari. Pada hari ketiga itulah Rom runtuh, kemudian menyerang Kostantinopel. Ketika mereka sedang membahagi-bahagikan emas di Kostantinopel dengan menggunakan perisai sebagai penyukatnya, tiba-tiba ada orang yang berteriak, “Sesungguhnya Dajjal telah menundukkan keluarga-keluarga kamu semua.”
51. Mengapa Umat Manusia Mengerumuni Al-Mahdi?
“Umat manusia mencari dan mengerumuni Al-Mahdi umpama lebah mengerumuni madunya. Keadilan Al-Mahdi meratai seluruh alam, seperti sebelumnya dunia ini dipenuhi dengan penyelewengan. Pada masa itu, umat manusia menjadi seperti semasa kecilnya, sentiasa bermain dan tidak pernah menumpahkan darah.”
52. Penguasaan Al-mahdi Terhadap Harta
“Al-Mahdi akan menguasai dunia seperti yang pernah dilakukan oleh Zulkarnain dan Nabi Sulaiman AS.”
53. Berkata-kata
“Al-Mahdi termasuk orang yang sukar bertutur kata.”
54. Apabila Sukar Bercakap
“Jika Al-Mahdi berasa payah berckap, maka dia menepuk pahanya yang di sebelah kiri dengan tangan kanannya.”
55. Peperangannya Berdasarkan Sunnah
“Al-Mahdi akan berperang berdasarkan sunnah, sama seperti Nabi SAW yang berperang berdasarkan wahyu.”
56. Hamba Allah yang Terpilih
“Al-Mahdi dizahirkan pada bulan Muharam dan ada satu suara yang menyeru dari langit, “Ketahuilah bahawa hamba Allah yang terpilih adalah si fulan, iaitu Al-mahdi. Oleh itu, dengarlah perintahnya dan taatilah dia.”
57. Munculnya As-Sufyani
“Sebelum Al-Mahdi, As-Sufyani muncul bersama-sama 360 pasukan berkuda, dengan diiringi oleh 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. Kemudian As-Sufyani mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini seratus ribu orang terbunuh di Zaurak, yakni sebuah bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerbu Kufah. Lantas muncullah Panji-panji Hitam. Yang memegang benderanya adalah seorang pemuda dari Bani Tamim yang digelarkan dia Syuaib bin Saleh. Dia kemudian menyerang sekelompok tawanan daripada penduduk Kufah dan membunuhnya. Setelah itu As-Sufyani mengerahkan askar-askarnya ke Madinah. Mereka terus menyerang Madinah selama tiga hari lalu menuju ke Makkah. Semasa mereka sampai di Al-Baidak, Allah memerintahkan Jibril agar menghentakkan kakinya dengan sekali hentakan, yang mana dengan hentakan tersebut mereka trbenam ke dalam bumi, hingga tiada yang tinggal lagi melainkan dua orang, yang kemudian menyampaikan berita tersebut kepada As-Sufyani namun As-Suyani tidak menghiraukannya. Dia segera mengirimkan dua orang Parsi untuk membantu menakluk Kostantinopel. Oleh raja Romawi, permintaannya itu segera dikabulkan. Namun ketika kedua-dua orang utusan itu sampai di pintu gerbang Damsyik, mereka dibunuh. Selain itu, As-Sufyani juga membunuh orang yang mengingkari dirinya, bahawa ada seorang wanita yang duduk di atas pahanya di pintu gerbang Damsyik. Pada ketika itu terdengarlah seruan dari langit yang menyatakan, “Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah membinasakan orang-orang yang zalim, orang-orang munafik dan sekutu-sekutunya. Allah telah mengangkat seorang yang terbaik dari umat Muhammad SAW sebagai pemimpin kamu semua. Oleh itu, sambutlah dia di Makkah. Dia adalah Al-Mahdi yang bernama Ahmad bin Abdullah.” Lantas ada satu pertanyaan yang diajukan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasul, bagaimana kami dapat mengenalinya?” Rasulullah SAW menjawab, “Dia adalah dari keturunanku, yang perawakannya mirip Bani Israel, dia memakai dua lapis jubah Qutwani, seolah-olah wajahnya bercahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia seorang yang tampan, berusia empat puluh tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, Wali-wali Nujabak dari Mesir, para Asoib dari Timur dan pengikut-pengikutnya. Mereka lantas pergi ke Makkah serentak, kemudian berangkat pula ke Syam. Pada waktu itu, Jibril berada di depannya dan Mikail berada di belakangnya. Penghuni langit, penduduk bumi, burung-burung, binatang-binatang buas dan ikan-ikan di laut semuanya reda kepadanya. Air menjadi mudah di negeri mana pun yang dikuasainya, sungai-sungainya mengalir deras dan galian-galian mudah ditemui. Kemudian dia pergi Syam dan menyembelih As-Sufyani di bawah pohon yang dahan-dahannya menjulur sampai ke Laut Tibriyah.”
“Orang yang gagal adalah orang yang gagal pada hari pembunuhan Kalb, walaupun hanya sekadar mengikat kakinya sahaja.”
58. Bencana yang Berlaku Sebelum Al-Mahdi Muncul
“Al-Mahdi akan dibaiat pada bulan Muharam, setelah berlaku bencana dan peperangan pada bulan Ramadan hingga Zulhijah. Kemudian terjadi ancaman terhadap jemaah haji di Mina yang mengakibatkan banyak kematian an darah mengalir di Jamrah. Sebahagian daripada jemaah haji itu ada yang menyelamatkan Al-Mahdi lalu dibaiat di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim, namun dia enggan menerimanya. Dia lalu diancam, “Jika kamu tidak mahu menerima baiat daripada kami, maka lehermu akan kami penggal.”
59. Ciri-ciri Kedua-dua Belah Pahanya
“Kedua-dua belah paha Al-Mahdi lebar dan renggang.”
60. Mematahkan Salib dan Membunuh Babi
“Al-Mahdi akan muncul dengan bijaksana dan adil. Salib-salib akan dihancurkan dan babi-babi akan dibunuh. Dia akan membahagi-bahagikan harta, namun tidak seorang pun yang mahu menerimanya.”
61. Kemenangan-kemenangan Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan menundukkan Rom dengan meneriakkan empat kali takbir, dan membunuh enam ratus ribu orang. Dia akan mengeluarkan apa sahaja yang ada di Baitulmaqdis, Peti Tabut, maidah Bani Israel, lembaran-lembaran Kitab Taurat, mhkota Nabi Adam AS, tongkat Nabi Musa AS, singgahsana Nabi Sulaiman AS, alat penyukat Manna Bani Istael. Al-Mahdi kemudian memasuki Kota Al-Qatik yang panjangnya seribu batu dan lebarnya 500 batu, dengan pintunya berjumlah 360 buah. Setiap pintu itu dijaga oleh seribu orang askar. Kemudian mereka meneriakkan takbir sebanyak empat kali, maka runtuhlah benteng Kota Al-Qatik itu, lalu mereka merampas seluruh harta yang ada di dalamnya. Mereka kemudian tinggal di sana selama tujuh tahun, lalu seluruh harta yang ada di Al-Qatik itu dipindahkan ke Baitulmaqdis. Maka datanglah perkhabaran yang mengatakan bahawa Dajjal telah keluar di tengah-tengah kaum Yahudi Isfahan.”
62. Al-Mahdi dan Perhiasan di Baitulmaqdis
“Tahir bin Asmak menyerang Bani Israel, kemudian menundukkannya dan merampas perhiasan yang berada di Baitulmaqdis. Sebahagian daripada harta ini dibakar dan sebahagian lagi diangkut dengan 1,700 buah kapal untuk dibawa ke Rom.”
“Al-Mahdi akan mengambil dan mengembalikan semua harta tadi ke Baitulmaqdis. Kemudian dia dan orang-orang yang bersama dengannya berjalan hingga melalui Rom, iaitu sebuah kota yang berukuran seratus suq, yang mana setiap suq berukuran seratus ribu kaki, lantas kota ini dikalahkan juga. Kemudian mereka melalui kota Al-Qtik yang berada di Laut Akhdar yang diliputi harta benda, panjangnya seribu batu dan lebarnya pula 500 batu, serta memiliki tiga ribu buah pintu.”
II -Tiga Puluh Sembilan Buah Keterangan Daripada Para Sahabat RA
1. Bencana yang Terjadi Sebelum Al-Mahdi
“Sebelum muncul Al-Mahdi, ada bencana yang membinasakan umat manusia. Kamu semua jangan mencela penduduk Syam, kerana merekalah yang menerima bencana tersebut. Demikian (berlaku) kerana para wali abdal adalah lahir daripada mereka. Bencana tersebut antaranya berupa hujan lebat yang menenggelamkan manusia, sehingga andainya mereka berhadapan dengan segerombolan musang sahaja, nescaya mereka akan dikalahkan. Setelah itu Allah memunculkan Al-Mahdi yang berada di tengah-tengah pasukan yang minimumnya berjumlah 12,000 orang atau maksimumnya 15,000 orang.”
2. Berarak Menuju Al-Mahdi
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum seorang nafsuz zakiyah terbunuh. Apabila nafsuz zakiyah ini terbunuh, maka penduduk langit dan bumi menjadi marah. Kemudian manusia mendatangi Al-Mahdi dengan berjalan pantas seperti cepatnya jalan pengantin lelaki menuju pengantin perempuan.”
3. Menghalalkan yang Haram
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum terjadinya suatu masa semua perkara yang haram dianggap halal. Kemudian dia diserahkan jawatan khalifah, yang pada ketika itu dia sedang berada di dalam rumahnya dan dia adalah sebaik-baik penduduk bumi.”
4. Tanda-tanda Kemunculannya
“Tanda-tanda kemunculan Al-Mahdi adalah terjadinya sekumpulan tentera yang ditelan oleh bumi di Al-Baidak.”
5. Keluar Askar Al-Mahdi
“Al-Mahdi berserta askarnya akan muncul dari Timur. Seandainya gunung menjadi penghalang, nescaya gunung itu akan dihancurkan sehingga rata menjadi jalan.”
6. Sebahagia-bahagia Umat Pada Zaman Al-Mahdi
“Sebahagia-bahagia umat pada zaman Al-Mahdi adalah bangsa Kufah.”
7. Beberapa Tanda Bagi Al-Mahdi
“Tanda-tanda kemunculan Al-Mahdi adalah jika harta pusaka melimpah, pemimpin-pemimpin yang mengumpulkan harta telah mati, setelah itu digantikan oleh seorang lelaki yang lemah yang kemudian dipecat semula setelah dua tahun diangkat, ada sekumpulan tentera yang ditelan oleh bumi di barat Damsyik, munculnya tiga belas orang tokoh di Syam, keluar penduduk Barat ke Mesir, yang semuanya ini berlaku pada zaman pemerintahan As-Sufyani.”
8. Suara Hatif
“Apabila ada seruan dari langit, “Sesungguhnya kebenaran berada di pangkuan Keluarga Nabi Muhammad SAW,” maka pada ketika itu Al-Mahdi mulai gempar diperkatakan orang. Lantas umat manusia beransur-ansur mencintai Al-Mahdi. Seterusnya tidak ada orang lain lagi yang disebut-sebut oleh mereka melainkan Al-Mahdi.”
9. Muncul Panji-panji Hitam Menyerang As-Sufyani
“Panji-panji Hitam keluar lalu menyerang As-Sufyani. Di tengah-tengah pasukan itu ada Pemuda Bani Hasyim yang di tangan kirinya berkiba bendera pasukan itu, manakala di hadapannya adalah Syuaib bin Saleh at-Tamimi.”
10. Angkatan Laut As-Sufyani
“Sebelum muncul Al-Mahdi, pasukan berkuda As-Sufyani menyerang Kufah dan penduduk Khurasan keluar mencari Al-Mahdi. Kemudian penduduk Khurasan bertemu dengan pasukan Al-Hasyimi di tengah-tengah Panji-panji Hitam yang dipimpin oleh Syuaib bin Saleh. Penduduk Khurasan lantas bertemu dengan pasukan As-Sufyani di kawasan yag berbatu, dan terus berlaku pertempuran sengit. Dalam pertempuran itu, yang terhebat adalah pasukan Panji-panji Hitam, manakalaa pasukan As-Sufyani melarikan diri. Pada ketika itu umat manusia amat berharap dapat menemui Al-Mahdi dan terus mencarinya.”
11. Keluar Seorang Lelaki Daripada Keluarga Nabi SAW
“Sebelum Al-Mahdi, ada seorang lelaki dari kalangan Ahlulbait keluar di Timur, seraya menyandang pedang di atas bahunya selama lapan belas tahun. Dia membunuh, mengamuk dan menuju ke Baitulmaqdis. Namun dia mati sebelum sempat sampai ke sana.”
12. Madinah Hancur Binasa
“Sebelum Al-Mahdi, di Madinah terjadi pertempuran yang mengakibatkan hancurnya Madinah. Darah yang mengalir daripadanya sampai di kawasan Ahjaruz Zait dan Ma al-Hirrah. Bandar tersebut terletak lebih kurang 44 batu dari Madinah. Kemudian Al-Mahdi dibaiat.”
13. Tenggelamnya Tentera di Al-Baidak
“Penguasa Madinah mengirimkan tentera kepada Al-Hasyimi di Makkah. Tentera ini kemudian mengusir penduduk Makkah. Peristiwa ini didengar oleh khalifah di Syam, iaitu As-Sufyani daripada keturunan Abu Sufian bin Harb. Seterusnya As-Sufyani mengirimkan pasukan ke Makkah. Dalam perjalanan itu, mereka singgah di Al-Baidak yang pada waktu itu kebetulan bulan penuh. Kemudian ada seorang penyeru yang memerhatikan (ketibaan) pasukan itu berkata, “Aduh, celakalah kamu semua penduduk Makkah kerana kedatangan pasukan ini.” Dia terus pergi dan datang lagi ke tempat itu. Tetapi dia tidak nampak lagi pasukan tadi. Dia lantas bertasbih, “Subhanallah, mereka telah berangkat sebentar tadi.” Lalu dia meneruskan perjalanannya. Di sana dia menemui pasukan tadi dalam keadaan tertimbus separuh badan. Dia bercadang mahu membantu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya dia meklum bahawa pasukan tadi telah ditelan oleh bumi. Dia bergegas masuk ke Makkah untuk menyampaikan berita tersebut. Mendengar berita ini, penduduk Makkah mengucapkan alhamdulillah, kemudian berkata, “Inilah tanda yang kita tunggu-tunggu.” Lantas mereka pergi menuju ke Syam.”
14. Pelaksanaan Pembaiatan Al-Mahdi
“Sebelum Al-Mahdi muncul, perdagangan-perdagangan akan terhenti, jalan-jalan terputus dan banyak berlaku bencana. Setelah itu ada tujuh buah panji-panji daripada tujuh buah pasukan, secara kebetulan sama-sama mencari Al-Mahdi. Dari setiap kelompok itu ada sekitar 33 - 39 orang yang berjanji untuk menemukan Al-Mahdi. Mereka dan pasukan terus mencari dan akhirnya menjumpai Al-Mahdi di Makkah. Sebahagian daripada mereka ada yang bertanya kepada yang lain, “Apa perlunya kita datang ke sini?” Sebahagian yang lain menjawab, “Kita datang untuk mencari orang yang layak diserahkan tugas untuk mengakhiri bencana-bencana ini dan yang akan menakluk Kostantinopel.” Sambung mereka, “Kami telah mengetahui namanya, nama ayah dan nama ibunya serta pasukan perangnya.” Mereka terus mencari dan akhirnya bertemu di Makkah. Mereka menegur, “Engkau adalah si fulan bin si fulan.” Tetapi Al-Mahdi menafikannya dan lari ke Madinah. Kemudian dia balik semula ke Makkah, yang pada masa itu mereka sedang berkeliaran di sekeliling Hajar Aswad. Lalu pasukan-pasukan itu berkata, “Dosa-dosa kami berada di tanganmu, jiwa kamu berada di pundakmu, maka hulurkanlah tanganmu untuk kami baiat sebab tentera As-Sufyani sudah kelihatan menuju ke sini untuk menyembelih kami.” Seorang lelaki dari Tanah Suci tadi lantas duduk di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim lalu menghulurkan tangannya dn terus dibaiat. Di sinilah Allah mempertemukan kekasih-Nya dengan umat manusia yang kemudian mereka berjalan bersama-sama. Mereka ini amat berani pada waktu siang dan amat ditakuti pada waktu malam.”
15. Munculnya Al-Hasyimi Sebelum Al-Mahdi
“Sebelum Al-Mahdi, Al-Hasyimi keluar untuk berperang selama 18 bulan. Dia akan menuju Baitulmaqdis tetapi tidak sampai ke sana. Serentak dengan itu, As-Sufyani mengirimkan pasukannya untuk menyerang Al-Mahdi tetapi mereka ditelan oleh bumi di Al-Baidak. Peristiwa ini sampai kepada penduduk Syam. Mereka kemudian berkata kepada khalifahnya, “Berbaiatlah engkau kepada Al-Mahdi. Jika tidak maka kamu akan kami bunuh!” Kemudian khalifah ini memberikan baiatnya kepada Al-Mahdi. Al-Mahdi lantas berjalan hingga sampai ke Baitulmaqdis. Maka bangsa Arab, Ajam, pasukan-pasukan perang, bangsa Rom dan lain-lain menyerah kepada Al-Mahdi tanpa peperangan. Kemudian masjid-masjid dibangunkan di Kostantinopel dan di tempat-tempat lain.”
16. Tempat Lahirnya
“Al-Mahdi lahir di Madinah.”
17. Tempat Hijrahnya
“Tempat hijrahnya adalah Baitulmaqdis.”
18. Janggut Al-Mahdi
“Dia berjanggut tebal tetapi tidak begitu lebat.”
19. Kedua-dua Belah Matanya
“Kedua-dua pelupuk matanya kelihatan bercelak.”
20. Gigi Seri Al-Mahdi
“Gigi seri Al-Mahdi kelihatan bersinar.”
21. Wajah Al-Mahdi
“Pipi Al-Mahdi ada bertahi lalat.”
22. Tanda Pada Bahu Al-Mahdi
“Pada bahu Al-Mahdi terdapat cap kenabian Nabi Muhammad SAW.”
23. Bendera Nabi Muhammad SAW
“Al-Mahdi akan keluar dengan membawa bendera seperti bendera Nabi SAW, iaitu tidak berjahit, berwarna hitam dan lebar yang tidak berkibar lagi sejak kewafatan Nabi SW sehinggalah muncul Al-Mahdi.”
24. Dikawal Malaikat
“Allah menugaskan malaikat sebanyak tiga ribu untuk mengawal Al-Mahdi seraya memukul orang-orang yang memusuhi dan menentang Al-Mahdi.”
25. Usia Pelantikan Al-Mahdi
“Al-Mahdi diutus ketika dia berumur antara 30 hingga 40 tahun.”
26. Kulit Al-Mahdi
“Kulit Al-Mahdi berwarna coklat (sawo matang).”
27. Seorang yang Bernama Al-Hasyimi
“Al-Hasyimi menyerahkan kekhalifahan kepada Isa bin Maryam AS.”
28. Bencana yang Terjadi Sebelum Al-Mahdi
“Sebelum Al-Mahdi, terjadi banyak bencana. Kemudian sekumpulan orang berkumpul di hadapan seorang lelaki keturunan Ali KMW, yang mana lelaki ini pada sisi Allah dinyatakan tidak mempunyai dosa. Dia akan membunuh atau terbunuh. Kemudian Al-Mahdi pun muncul.”
29. Pelaksanaan Pembaiatan Al-Mahdi
“Orang ramai pergi menunaikan haji, mereka berwukuf di Arafah tanpa seorang imam pun, lantas di Mina berlaku pemberontakan dan mereka dibunuh beramai-ramai di sana sehingga darah-darahna mengalir dari (Jamrah) Aqabah. Mereka lantas meminta pertolongan kepada seorang yang mulia. Mereka mendatanginya yang pada waktu itu sedang menyandarkan mukanya ke Kaabah sambil menangis. Mereka lantas berkata, “Ke marilah supaya kami membaiatmu.” Dia menjawab, “Celaka kamu semua ini, berapa banyak perjanjian yang telah kamu mungkiri dan berapa banyak darah yang telah kamu tumpahkan.” Kemudian dengan secara terpaksa dia dibaiat. Jika kamu semua menemuinya, maka berbaiatlah. Sesungguhnya dia adalah Al-Mahdi di bumi dan Al-Mahdi di langit.”
30. Bilangan Pasukan Badar
“Al-Mahdi melangkah menuju sejumlah pasukan Badar daripada penduduk Syam. Oleh penduduk Syam itu, dia dibawa keluar dari kota Makkah, iaitu dari sebuah rumah dekat Safa, kemudian dengan terpaksa dia dibaiat. Kemudian mereka bersembahyang dua rakaat berjemaah di sisi Maqam Ibrahim, lalu dia naik ke atas mimbar untuk berkhutbah.”
31. Tempat Membaiatnya
“Al-Mahdi dibaiat di antara Hajar Aswad dengan Maqam Ibrahim, yang mana pelaksanaannya tidak sampai membangkitkan orang yang sedang tidur dan tidak pula sampai menunpahkan darah.”
32. Tempat Keluarnya
“Al-Mahdi akan keluar dari Makkah dengan membawa bendera Rasulullah SAW.”
33. Al-Mahdi dan Harta yang Diperoleh Daripada Baitullah
“Al-Mahdi akan membahagi-bahagikan senjata dan harta yang diperolehnya daripada Baitullah untuk jihad fi sabilillah. Rasulullah SAW menjelaskan kepada Umar RA tentang Al-Mahdi, “Aku tidak tahu apakah aku akan menyimpan harta dan senjata tadi atau akan membahagi-bahagikannya.”
“Tinggalkanlah bangsa Habsyi apabila mereka meninggalkan kamu kerana sesungguhnya harta simpanan Kaabah itu tidak akan dapat dikeluarkan melainkan dengan dua kekuatan.”
34. Masa Pemerintahannya
“Al-Mahdi akan memerintah selama 30 atau 40 tahun.”
35. Galian Bumi
“Pada zaman Al-Mahdi, bumi akan mengeluarkan galian-galiannya yng berharga seperti gumpalan-gumpalan emas dan perak.”
36. Lagi Tanda-tanda Al-Mahdi
“Ada suatu tanda yang dituntut daripada Al-Mahdi. Lantas dia memberi isyarat kepada burung, maka burung itu hinggap di atas tangannya. Kemudian Al-Mahdi memacakkan tongkatnya, lantas tongkat itu menghijau dan berdaun.”
37. Menakluki Benteng Rom
“Seluruh pertahanan Rom dan bandar-bandarnya akan ditawan oleh Al-Mahdi dengan mengumandangkan tahlil dan takbir.”
38. Tersebar Perdamaian di Hampir Seluruh Dunia
“Pada zaman Al-Mahdi nanti, kambing dan serigala digembala sekali, kanak-kanak bermain dengan ular dan kala jengking, yang mana ular dan kala jengking ini tidak membahayakan sama sekali. Manusia akan menanam satu mud benih dan akan memetik 700 mud buahnya. Riba, perzinaan dan minuman keras hapus terus. Umat manusia berumur panjang, amanah-amanah ditunaikan, hal-hal yang keji lenyap dan orang-orang yang bencikan keluarga Nabi SAW habis binasa.”
39. Menghapuskan Bidaah dan Menegakkan Sunnah
“Pada zaman Al-Mahdi nanti, tidak ada lagi bidaah melainkan dihapuskan dan tidak akan ada sunnah melainkan ditegakkan. Dia akan menundukkan Kostantinopel, China dan Jabal ad-Dailam. Dia akan menguasai kawasan tadi selama tujuh tahun, yang mana satu tahun pada waktu itu nanti sama panjang dengan dua puluh tahun pada waktu sekarang. Kemudian Allah akan melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki.”

III - Lima Puluh Enam Buah Keterangan Daripada Tabiin dan Tabiit Tabiin
1. Seruan Dari Langit
“Nama Al-Mahdi akan dipanggil-panggil dari arah langit.”
2. Satu Tanda Pada Matahari
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum muncul suatu tanda pada matahari.”
3. Dua Tanda Keluarnya Al-Mahdi
“Bagi Al-Mahdi ada dua tanda, sesuatu yang belum pernah berlaku kepada sesiapa pun sejak Allah menciptakan langit dan umi. Kedua-dua tanda itu ialah bulan yang memancarkan cahaya merah pada awal bulan Ramadan dan matahari memancarkan cahaya merah pada pertengahan bulan Ramadan.”
4. Panji-panji Hitam
“Sebelum Al-Mahdi muncul, Panji-panji Hitam akan berkibar dan baju pasukannya berwarna putih di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi. Mereka menyerang pasukan As-Sufyani. Akhirnya dia sampai ke Baitulmaqdis lalu menyerahkan kekuasaan kepada Al-Mahdi. Jarak waktu antara penyerangan Syuaib dengan penyerahan kekuasaan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan.”
5. Panglima Perang Al-Mahdi
“Panglima perang Al-Mahdi adalah orang-orang yang paling terpilih. Penolong dan pembaiat Al-Mahdi adalah penduduk Kufah, Yaman dan para wali abdal dari negeri Syam. Yang berada di hadapan Al-Mahdi adalah malaikat Jibil dan Mikail AS. Dia dicintai oleh para makhluk, kepemimpinannya mampu menyelesaikan bencana yang menjadi-jadi. Penduduk bumi berasa amat tenteram sehingga lima orang perempuan dapat menunaikan ibadat haji tanpa seorang muhrim pun. Mereka ini tidak takut sedikit pun melainkan kepada Allah.”
6. Keterangan Al-Mahdi Dalam Kitab-kitab Rasul Terdahulu
“Tertulis di dalam kitab para nabi bahawa Al-Mahdi adalah orang yang tidak pernah melakukan kezaliman dan tidak mempunyai kesalahan.”
7. Penaklukan-penaklukannya
“Al-Mahdi mengibarkan panji-panji ke Turki lalu menundukkan penduduknya. Dia mengambil harta yang ada di wilayah itu lantas bergerak menuju ke Syam dan menundukkan penduduknya. Kemudian dia memerdekakan setiap hamba dan membayar harga tebusan bagi setiap hamba tersebut.”
8. Keadaan Umat Manusia yang Berada Dalam Wilayah Al-Mahdi
“Al-Mahdi berada di tengah-tengah umat Islam selama 39 tahun. Ketika itu yang kecil berkata, “Aduhai, aku seperti orang dewasa.” Dan orang dewasa pula berkata, “Aduhai, aku seperti budak kecil lagi.”
9. Masa Hidup Al-Mahdi
“Al-Mahdi hidup selama 40 tahun.”
10. Masa Kepmimpinannya
“Al-Mahdi hidup selama 30 tahun.”
11. Masa Hayat Al-Mahdi
“Al-Mahdi hidup selama 14 tahun.”
12. Tempat Meninggalnya
“Al-Mahdi hidup selama 40 tahun dan meninggal dunia di atas tempat tidurnya.”
13. Manusia Mendatangi Al-Mahdi
“Al-Mahdi didatangi oleh orang ramai di rumahnya. Ketika itu manusia sedang ditimpa pembunuhan. Dia dipanggil, “Ke marilah kamu!” Dia menolak sehingga diancam akan dibunuh. Pada ketika itulah dia bangkit untuk menyelamatkan manusia. Setelah itu tidak ada lagi pembunuhan.”
14. Tahun Kemunculan Al-Mahdi
“Umat manusia akan berkumpul pada tahun 1204.”
15. Panglima Al-Mahdi
“Yang akan membawa bendera Al-Mahdi adalah seorang lelaki yang muda usia. Dia berjanggut nipis dan berkulit kuning. Sekiranya dia menggempur gunung, nescaya gunung itu hancur rata dipukulnya hingga mereka sampai ke bandar Ilyak.”
16. Terbunuhnya Raja-raja
“Sebelum Al-Mahdi, raja Syam terbunuh, raja Mesir terbunuh, bangsa Syam menawan kabilah dari Mesir, seorang lelaki dari Timur berangkat mengibarkan Panji-panji Hitam yang menurut satu riwayat adalah berbangsa Syam, dan dialah yang akan menyerahkan kekuatannya kepada Al-Mahdi.”
17. Penguasa Afrika dan Keadilannya
“Sebelum Al-Mahdi, pemerintah Afrika berkuasa selama dua belas tahun. Kemudian dia dikuasai oleh seorang lelaki yang berkulit coklat, yang keadilannya meratai seluruh Afrika. Kemudian dia berangkat menuju Al-Mahdi untuk menyerahkan kekuatannya dan berperang untuk Al-Mahdi.”
18. Panji-panji Hitam
“Sebelum Al-Mahdi, ada Panji-panji Hitam yang berkibar dari Khurasan, sebuah wilayah di Kufah. Jika Al-Mahdi sudah berada di Makkah, pasukan ini akan dikirimkan ke Makkah.”
19. Tanda-tanda Keluarnya
“Tanda-tanda keluarnya Al-Mahdi adalah pupusnya kepemimpinan Bani Abbas, para pemegang bendera menambatkan kuda-kuda mereka pada pokok zaitun, runtuhnya pemerintahan Bani Jaafar dan Bani Abbas, As-Sufyani duduk di atas mimbar Damsyik dan pasukan Barbar menyerang pusat bandar Syam.”
20. Pasukan Tentera As-Sufyani
“Sebelum Al-Mahdi, As-Sufyani mengerahkan pasukan tenteranya sampai ke kawasan di timur Khurasan dan Parsi. Mereka diperangi oleh penduduk Timur dan banyak yang terbunuh. Orang-orang Timur ini kemudian membaiat Al-Hasyimi yang tangan kanannya memegang bendera (pasukan). Allah memudahkan urusan dan jalannya. Kemudian dia keluar bersama-sama dengan lima ribu penduduk Khurasan di bawah pimpinan Syuaib bin Saleh at-Tamimi, seorang bekas hamba yang berkulit kuning, berjanggut nipis dan tidak (banyak) jambang. Sekiranya mereka melalui gunung, nescaya akan mereka hancurkannya. Mereka pun berhadapan dengan pasukan As-Sufyani, terus menggempurnya dan membunuh mereka dalam jumlah yang amat besar. Pasukan As-Sufyani bercerai-berai melarikan diri manakala As-Sufyani sendiri menghilang. Kemudian secara diam-diam At-Tamimi menuju ke Baitulmaqdis. Dalam perjalanannya menuju ke Syam, dia menyerahkan jemaahnya kepada Al-Hasyimi.”
“Ketika itu At-Tamimi berkata (kepada Al-Hasyimi), “Wahai anak pamanku, al-Mahdi akan berada di Makkah setelah kota Madinah runtuh.” Kemudian jika Al-Mahdi muncul, maka Al-Hasyimi juga muncul.”
21. Askar As-Sufyani Menuju Madinah
“As-Sufyani mengirimkan askarnya ke Madinah dan memerintahkan agar membunuh setiap orang daripada keturunan Bani Hasyim, kemudian mereka menyerangnya. Bani Hasyim akhirnya bercerai berai di gurun-gurun dan di gunung-gunung. Apabila Al-Mahdi muncul kelak, maka mereka ini akan (berjaya) dikumpulkan semula.”
22. Panji-panji Dari Barat
“Tanda-tanda munculnya Al-Mahdi ialah keluarnya Panji-panji dari Barat, yang di tengah-tengah panji itu terdapat seorang lelaki Kindah yang kakinya pincang.”
23. Tahun Kebangkitan Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan muncul pada tahun 200.”
24. Tanda yang Berbeza-beza Bagi Al-Mahdi
“Al-Mahdi akan muncul di Makkah pada waktu Isyak dengan membawa panji-panji Rasulullah SAW. Baju besi dan pedangnya mempunyai tanda-tanda khusus, berkilauan dan bercahaya. Selepas mengerjakan sembahyang Isyak, dia pun naik ke atas mimbar dan berkhutbah dengan khutbah yang panjang, mengajak manusia supaya taat kepada Allah dan rasul-Nya. Bumi Hijaz akan diserahkan kepadanya, Bani Hasyim yang sedang berada di laut akan mendarat, Panji-panji Hitam dari Kufah dikirimkan untuknya dan askar-askarnya bertebaran ke seluruh penjuru alam.”
25. As-Sufyani Ditawan
“As-Sufyani ditawan dan dikirimkan kepada Al-Mahdi, kemudian diputuskan untuk dipancung di atas pintu Al-Rahabah. Kemudian wanita-wanita suku Kalb, iaitu paman As-Sufyani dan harta-harta rampasannya akan dijual di pingir-pinggir jalan di kota Damsyik.”
26. Tiba di Ilyak
“Apabila Al-Mahdi mendengar berita tentang terbenamnya pasukan tentera As-Sufyani di Al-Baidak, sedangkan dia ketika itu masih berada di Makkah, dia terus keluar bersama-sama 12 ribu orang tentera, yang di antaranya adalah para wali abdal, sehingga mereka sampai di Ilyak. Pada masa itu juga ketika As-Sufyani mendengar berita tersebut, dia bercadang mahu menyerah diri kepada Al-Mahdi tetapi dia dikecam oleh bapa saudaranya, Kalb. Kemudian dia menyerang Al-Mahdi dan terus ditangkap lalu Al-Mahdi berkata, “Inilah orang yang menentang perintahku!” Kemudian dia dihukum untuk disembelih di atas batu di Ilyak. Seterusnya Al-Mahdi mencari Kalb dan kemudian menghancurkannya.”
27. Gelap gelita
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum kamu menyaksikan siang menjadi gelap-gelita.”
28. Pembunuhan Besar-besaran
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum berlaku pembunuhan seramai tujuh daripada sembilan orang.”
29. Kekhusyukan Al-Mahdi
“Al-Mahdi adalah seorang yang khusyuk kerana Allah seperti tenangnya sayap burung nasar.”
30. Ciri-ciri Al-Mahdi
“Al-Mahdi adalah seorang yang nipis alis matanya lagi terpisah kedua-duanya, dan biji matanya besar. Dia keluar dari Hijaz dan berkhutbah di atas mimbar Damsyik, sedangkan umurnya baru mencapai 8 tahun.”
31. Al-Mahdi Muncul Selepas Peristiwa Sekumpulan Askar Ditelan Oleh Bumi
“… ketika itu juga akan terdengar satu seruan dari langit yang berbunyi, “Ketahuilah bahawa para wali Allah itu, mereka tidak pernah berasa takut dan tidak juga mereka itu bersedih hati.” (Surah Yunus : 62)”
32. As-Sufyani Masuk ke Kufah
“As-Sakhra (As-Sufyani) masuk ke Kufah lalu ada berita yang sampai kepadanya mengenai kedatangan Al-Mahdi. Dia lantas mengerahkan askarnya untuk menyerang Al-Mahdi. Mereka lantas ditelan oleh bumi sehingga tidak ada yang selamat melainkan seorang yang akan menyampaikan berita gembira kepada Al-Mahdi dan seorang lagi yang akan menyampaikan berita duka kepada s-Sufyani. Al-Mahdi lalu meninggalkan Makkah dan As-Sufyani bertolak pula, dan sama-sama menuju ke Syam. Kedua-dua pemimpin ini saling berduluan untuk sampai lebih dahulu ke Syam tetapi ternyatalah bahawa Aas-Sufyanilah yang sampai lebih awal. Lantas Al-Mahdi mengirimkan tenteranya untuk menyerang As-Sufyani. Kemudian As-Sufyani berbaiat kepada Al-Mahdi. Al-Mahdi terus pergi ke Baitulmaqdis untuk menetap di sana selama tiga tahun. Bersamaan pada waktu itu, Kalb membawa askar-askarnya keluar untuk membantu As-Sufyani, kemudian bergerak bersama-sama pasukan yang lain lagi sehingga mereka berhenti rehat di Yasan. Al-Mahdi pun segera menyerang pasukan gabungan ini dengan membawa bendera yang terbesar. Kalb dan isteri-isterinya melarikan diri sehingga anak-anak gadisnya ditangkap dan dijual dengan harga lapan dirham. Pada masa itu juga As-Sufyani berjaya ditangkap dan disembelih seperti menyembelih kambing di atas seketul batu besar yang membujur di atas tanah dekat gereja yang berada di lembah jurang di hujung jalan bukit Al-Qantarah di sebelah kanan.”
33. Seorang Lelaki Muncul Lalu Menyerang Rom
“Allah akan membangkitkan seorang lelaki yang akan memerangi Rom dan akan diberikan sepuluh keistimewaan.”
34. Peti Tabut
“Al-Mahdi akan mengeluarkan Peti Tabut dari bandar Antokiah.”
35. Panji-panji Rasulullah SAW
“Al-Mahdi akan membawa bendera Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya.”
36. Kata-kata Baiat
“Di atas kepala Al-Mahdi tertulis ucapan yang akan digunakan untuk baiat.”
37. Akhlak Al-Mahdi
“Al-Mahdi adalah orang yang sangat banyak amal ibadatnya, sangat banyak pergaulannya dan sangat belas kasihan kepada orang-orang miskin.”
38. Binasanya Pemimpin yang Sesat
“Al-Mahdi tidak akan muncul sebelum para pemimpin yang sombong dibinasakan.”
39. Al-Hasyimi Menjadi Amir Sebelum Al-Mahdi
“Sebelum Al-Mahdi, Al-Hasyimi akan menjadi penguasa. Tidak seorang pun daripada Bani Umaiyah yang ada melainkan pasti ditawan. Mereka kemudian dibebaskan, namun setiap orang akan membunuh dua orang lelaki daripada Bani Umaiyah sehingga tidak ada yang tinggal melainkan yang perempuan sahaja. Kemudian Al-Mahdi pun muncul.”
40. Terjadi Bencana Sebelum Al-Mahdi
“Alam ini akan mengalami bencana, suatu yang tidak berkesudahan, sehinggalah terdengar satu seruan dari langit, “Ketahuilah bahawasanya yang menjadi pemimpin kamu di dunia ini adalah si anu. Dialah pemimpin yang sejati.” Diulang-ulang sebanyak tiga kali”
41. Seruan Dari Langit
“Suara dari langit menyeru, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Rasulullah SAW.” Pada ketika itu suara dari bumi menyebutkan, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Nabi Isa.” Atau dia mengatakan “Al-Abbas.” Suara dari bumi itu adalah suara syaitan manakala seruan dari langit itu adalah Kalam Allah, dan seruan inilah yang menang.”
42. Lahirnya Puak-puak dan Berbeza-beza Pendapat
“Di dunia ini akan terjadi sikap berpuak-puak dan perbezaan pendapat, sehingga muncul suatu tangan dan seruan dari langit yang menyeru, “Ketahuilah, bahawasanya pemimpin kamu semua adalah si fulan.”
43. Suara Dari Langit
“Semasa Al-Mahdidan As-Sufyani bertembung dalam peperangan, akan terdengar suatu suara dari langit, “Ketahuilah, bahawa wali-wali Allah adalah kawan-kawan Al-Mahdi.”
44. Tanda-tanda Pada Hari Itu Juga
“Tanda-tanda pada hari itu adalah adanya tangan yang menjulur dari langit yang dapat dilihat oleh sekalian manusia.”
45. Komet (Bintang Berekor) Dari Arah Timur
“Sebelum Al-Mahdi muncul, terlihat di ufuk Timur sebiji bintang berekor (raksasa) yang memancarkan sinar.”
46. Gerhana Bulan
“Sebelum Al-Mahdi muncul, akan berlaku dua kali gerhana bulan pada bulan Ramadan.”
47. Mengembalikan Hak Orang yang Dizalimi
“Al-Mahdi dapat mengembalikan hak bagi orang yang pernah dizalimi, sehingga andainya di dalam mulut seseorang ada bekas ucapan yang digunakan untuk berbuat kezaliman, maka ucapannya itu akan dikoyak lalu ditampar kembali (ke muka orang yang berkata itu).”
48. Peti Tabut
“Peti Tabut dari Laut Tibriyah akan berada di tangan Al-Mahdi. Dia membawanya lalu diletakkan di Baitulmaqdis. Jika orang-orang Yahudi melihatnya, maka mereka akan masuk Islam melainkan sebilangan kecil sahaja.”
49. Tahun Kemunculan Al-Mahdi
“Orang biasa akan menjadi raja. Kemudian masalah-masalahnya akan bermunculan pada tahun 95 atau pada tahun 97. Lantas Al-Mahdi muncul sebagai pemimpin.”
50. Al-Mahdi dan Pemerintahan Bani Abbas
“Keadilan dan kemakmuran akan sentiasa wujud selagi pemerintahan Bani Abbas tidak jatuh. Kemudian dunia ini dipenuhi oleh bencana sehinggalah Al-Mahdi tampil memegang tampuk pemerintahan.”
51. Bendera Al-Mahdi
“Permulaan bendera yang dikibarkan oleh Al-Mahdi adalah perjalanannya menuju pembaiatannya di Turki.”
52. Kelaparan yang Dideritai Oleh Kaum Mukminin
“Dajjal mengepung para mukminin di Baitulmaqdis, menyebabkan mereka menanggung kelaparan yang amat sangat sehingga memakan belulang yang telah dibuat tali. Dalam keadaan seperti inilah tiba-tiba mereka mendengar satu suara pada akhir malam. Serentak mereka berkata, “Sungguh ini adalah suara seorang lelaki yang kenyang.” Kemudian mereka melihatnya. Tidak disangka-sangka dia adalah Isa bin Maryam. Sebentar lagi sembahyang subuh akan didirikan. Para pemimpin umat Islam mempersilakan Al-Mahdi untuk menjadi imam tetapi Al-Mahdi mempersilakan Nabi Isa. Kemudian Isa bertindak sebagai imam. Selepas itu dia menjadi imam sembahyang pada setiap waktu.”
53. Terbenamnya Pasukan Tentera di Kawasan Ghautah
“Al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah ad pasukan perang yang ditelan oleh bumi di kawasan Ghautah, yang bernama bandar Jirista.”
54. Suara yang Memanggil-manggil Nama Al-Mahdi
“Ada suara dari langit yang memanggil-manggil nama Al-Mahdi. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang, sama ada yang berada di Timur ataupun di Barat, sehinggakan orang yang sedang tidur pun akan terjaga kerananya.”
55. Kostantinopel Ditakluk
“Semasa menundukkan Kostantinopel, Al-Mahdi memacakkan benderanya untuk berwuduk dan menunaikan sembahyang Subuh. Ketika itu di hadapan Al-Mahdi terbentang lautan yang luas. Dia pun mencari jalan untuk melintasi lautan tersebut. Akhirnya dia menemukan di sekitar itu juga, lalu memacakkan benderanya (di situ pula). Kemudian ada satu suara menyeru, “Wahai umat manusia, melintaslah. Sesungguhnya Allah Azzawajalla membelah laut ini seperti Dia membelahkan untuk Bani Israel.” Lantas mereka melintasinya sehingga sampai di hadapan Kostantinopel. Mereka pun bertakbir, maka runtuhlah satu sudut pertahanan Kostantinopel. Mereka bertakbir lagi, maka runtuh lagi, dan bertakbir lagi lantas runtuh pula sekitar dua belas ketumbukan pertahanan (Rom).”
56. India Ditakluk
“Pemerintah Baitulmaqdis iaitu Al-Mahdi mengirimkan askarnya ke India. Mereka berjaya menundukkannya dan mengambil harta simpanannya. Harta ini kemudian digunakan untuk menghiasi Baitulmaqdis. Raja India ini menghadapinya bermati-matian, namun dengan mudah pula dikalahkan. Akhirnya Al-Mahdi menguasai kawasan sepanjang Timur dan Barat.”

Allohu Akhbar
Allohu Akhbar
Allohu Akhbar
rujukannya haditsnya dari mana tidak dicantumkan antum
BalasHapus